Penutup

Secara keseluruhannya, Gunung Setong yang terletak di Dabong, Kelantan merupakan  sebuah destinasi riadah yang menarik serta mempunyai potensi besar untuk diterokai oleh pelbagai golongan masyarakat. Keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara, di tambah dengan pelbagai aktiviti menarik seperti mendaki gunung, beriadah di air terjun dan berkhemah di Kem Baha, menjadikan Gunung Setong pilihan terbaik bagi penggemar alam dan pengembaraan. Keindahan “awan karpet” serta suasana tenang di puncak gunung memberikan pengalaman yang unik, berbeza dan kenangan yang sukar dilupakan.

Diharapkan blog ini dapat membantu pembaca memahami keistimewaan yang jelas tentang  Gunung Setong serta menjadi sumber inspirasi kepada pelancong, penduduk tempatan dan pihak terlibat untuk menghargai menjaga keindahan alam semula jadi ini. Melalui usaha pemeliharaan dan promosi yang dilakukan secara berterusan, Gunung Setong berpotensi menjadi salah satu destinasi pelancongan alam semula jadi yang unggul dan terbaik di Kelantan.


Comments

Popular posts from this blog

Rembayung

Pantai Tapang